Wajarkah Korang "Godek Hp" Kekasih ??

Asal terdengar je perihal ni, tentu kamu biasa melihat couple bergaduh selepas ‘menggodek’ handphone pasangan masing-masing.

Bahkan, mungkin ia pernah terjadi dalam hubungan kamu sendiri.

Perasaan ingin tahu, jealous membuatkan kamu melakukan spot-check, apatah lagi apabila mengesyaki ‘salah seorangnya telah buat hal’, berkelakuan sedikit ‘pelik’ atau terasa si dia sedang berskandal.

Maka, tak senang duduklah selagi kamu tidak dapat melihat apa yang sedang ‘berlaku’ dalam telefon pintarnya.

Yang akan digeledah tentulah Facebook, Instagram atau Whatsapp si dia. Dan tentunya nak lihat siapa yang si dia paling kerap ‘keep in-touch’, yang paling banyak like atau komen.

Persoalannya, wajar atau tidak kita untuk melakukan hal seperti ini.

Hormatilah privacy si dia – Pasangan juga memerlukan privasinya yang sendiri. Bukan semua perkara boleh dikongsikan kepada kamu. Apatah lagi telefon juga boleh dikategorikan sebagai barang privasi si dia. 

Berilah sedikit kepercayaan – Mungkin di luar sana ada ‘peminat’ si dia yang cuba rapat dengannya dengan menghubunginya melalui media sosial dan sebagainya, tetapi jika pasangan kamu sayangkan kamu, pasti dia akan pandai menjaga diri.

Selalu pesan padanya – Saling ingat mengingatkan antara satu sama lain agar jujur walaupun perkara yang tidak nampak oleh mata pasangan. Andai kamu tidak suka pasangan kamu ‘melayan’ mereka yang lain, kamu juga harus berbuat perkara yang sama.

Bersikap matang -  Andai si dia terkantoi olehmu, jangan terlalu keterlaluan untuk cemburu buta. Slowly, baiki semula hubungan kamu jika kamu masih ingin terus bersamanya. Andai tidak, move on!

Kami  juga berpendapat bahawa tidak salah andai sekali-skala untuk melihat apa yang sedang berlaku di telefon pasanganmu.

Namun harus diingat, andai terlalu kerap melakukan spot-check, tahulah bahawa kamu sebenarnya paranoid dan sudah tidak ada lagi kepercayaan terhadap pasangan. 

Ya, mungkin kamu takut untuk ditipu lagi, maka berbincanglah dengan pasangan dan selesaikan masalah kamu berdua secara baik.

Paling penting, jika kamu jujur terhadap pasangan kamu, buat apa nak takut andai si dia ingin melihat telefonmu. Kannnn? So, good luck!

0 comment... add one now