Abah Baru Meninggal Dunia, Mak Kahwin Lain

Assalamualaikum. Thanks admin approve, 😊 Aku baru kehilangan abah bulan 10/2015. Masih dikira baru sebab tak sampai setahun lagi kan. Abah aku meninggal sebab COPD (chronic obstructive pulmonary disease). Aku anak first, ada 5 orang adik dan masih study lagi.

Nak dijadikan cerita, mak aku ada berhubungan dengan laki orang. Sekarang dah jadik bapak tiri aku. Diorang kahwin bulan 5/2016. Aku dan adik2 memang xbole trima laki tu. Sebab dia nak kat mak aku, dia rela ceraikan bini dia yang sedang sakit kanser payudara. Memang tak ada hati perut langsung.

Dulu sebelum kahwin dengan mak aku, dia ada jumpa aku dengan husband, kononnya nak kenal2. Dia jenis laki yang cakap kuat2, borak lebih, sembang kencang dan memang bukan taste aku lah. Sebab abah aku dulu pendiam, cakap lembut2 ngan anak2. Memang berbeza langit dan bumi. Tak tahu laaa macam mana mak aku boleh suka dia.

Puasa haritu aku balik tinggal dengan mak aku 2 minggu, kat rumah mak aku. Dia pun ada sekali. Mak memang layan dia tiptop lahh. Memang berkepit je. Berbulu mata aku tengok. Dengan abah aku dulu pun x macamtu. Aku memang xbercakap dengan dia. Sebab aku xsuka dan xleh terima dia jadi bapak tiri aku.

Hari first aku berbuka dekat rumah mak, tengah makan nasi same2 dengan adik2 aku sekali kat dpaur, dia bole hisap rokok depan kami yang tengah suap nasi. Aku memang pantang laaa. Abah aku dulu keluar rumah sebab nk hisap rokok. Aku cakap kat dia nak hisap rokok pergi luar. Terus berubah muka dia. Agak2 laa nak hisap rokok dalam rumah pun. Dengan semua pintu dan tingakap tertutup. Kalau kau nak mati awal sila pergi jauhh. Aku memang pantang laaa sebab abah aku dulu pun mati sebab rokok. Paru2 dia memang rosak . Boleh pulak dia nak hisap rokok depan aku dan adik2.

Bila hati raya mak aku ikut laki tu balik rumah dia. Aku dengan adik2 memang duduk rumah. Aku yang masak untuk adik2 dan semua kerja rumah lah aku buat. Mak aku bagi duit je. Sayu je rasa bila malam raya kami adik beradik je kat rumah. Dah takda suara abah bising temankan adik main bunga api. Suara mak bising kat dapur. Rasa macam yatim piatu walaupun aku masih ada mak.

Aku bukan nak buka aib keluarga. Tapi aku nak tanye, yang senasib dengan aku. Macam mana korang boleh terima bapak atau mak tiri korang . Sebab aku nak mak aku balikkk. Mak aku yang dulu.

0 comment... add one now