Menteri Letak Jawatan Selepas Dapat Petunjuk

KUALA LUMPUR : Keputusan untuk meletak jawatan dalam Kabinet tidak ada kena mengena dengan isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tegas bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.


Sebaliknya, Husni berkata, beliau membuat keputusan tersebut setelah mendapat petunjuk daripada Allah ketika menunaikan umrah.

Ujarnya, beliau dapat menunaikan umrah dalam keadaan tenang walaupun keadaan di kota suci sesak kerana musim puncak, tetapi beliau telah diberikan polis pengiring.

Ia seolah-olah petunjuk dari Allah dan sejak itulah saya memutuskan bahawa saya akan meninggalkan segala-galanya,”katanya, lapor mstar.

Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun turut menegaskan bahawa beliau berhenti bercakap tentang 1MDB sejak Disember tahun lalu.

Adakah anda melihat saya mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai 1MDB sejak itu? Tidak.

Ia kerana pada masa itu apabila satu demi satu maklumat timbul dan saya menyedari bahawa terdapat percanggahan,”katanya.

Husni meletak jawatan dalam rombakan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun tahun ini.

Beliau kemudiannya turut mengambil keputusan untuk meletak jawatan yang dipegangnya di dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam masa yang sama, Husni turut berkata, persoalan yang beliau timbulkan tentang 1MDB di Parlimen adalah disebabkan syarikat itu tidak mencapai matlamatnya.

Apabila ia mula-mula ditubuhkan, mereka kata mahukan pelaburan strategik, jadi selepas 17 bulan saya bertanya lagi mengapa 1MDB telah ditubuhkan.

“Saya sinis dengan soalan-soalan untuk mendapatkan jawapan yang mungkin mereka tidak dapat jawab,”katanya.

0 comment... add one now